Sekarang sudah 89 hari aku bergelar seorang cikgu. Gelaran yang tidak terfikir olehku sebelum ini. Aku memang bercita-cita ingin menjadi seorang guru, tapi tidak terlintas sedikit pun di benakku bahawa gelaran ini akan aku dengar bila aku dewasa. :D
Gaji aku dijangka masuk pada 25 April ini. Oh..!! rasa tak sabar nak memegang duit hasil titik peluh aku. Bergelar guru prasekolah sangat-sangat mencabar kesabaran aku. Tangan ni selalu bergerak, tapi aku kena banyak-banyak bersabar. Semua yang aku ajar anak orang kan :)
* duit gaji nanti habis buat byr downpayment kete, bayar hutang yg banyak, belanja makan orang2 & benda2 lain... >____<
Thursday, 12 April 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)